Wednesday, January 8, 2014

Tips dan Teknik Blog Terima 50K Pageviews Dari Satu Entri

Tips dan Teknik Blog Terima 50K Pageviews Dari Satu Entri

Tips Terima 50K Pageviews Dari Satu Entri

Berdasarkan contoh yang saya berikan di atas ini, ada 5 perkara perlu dititik-beratkan untuk terima trafik tinggi hanya dari satu entri.

5 Teknik Dapatkan 50K Pageviews Menerusi Satu Entri

  1. Tajuk SEO (Search Engine Optimization) - Dengan kata kunci Farah Lee, ia divariasikan menggunakan beberapa kata kunci yang ada kaitan dengan Farah Lee, iaitu nama blognya - Kunfayakun, dan nama suami Ally Iskandar - dan ia dilakukan secara tidak langsung.
  2. Katakunci pada Perenggan Pertama Entri - Mesti pastikan kata kunci atau variasinya berada di bahagian pertama perenggan entri blog anda.
  3. Penggunaan H Tag yang Betul - Entri mesti ada struktur yang betul, seperti menulis karangan - ada tajuk utama, ada tajuk kecil - dengan masukkan variasi katakunci.
  4. Penggunaan Gambar berserta Deskripsi - Gambar perlu ada variasi katakunci pada bahagian title dan juga alt img. Namakan juga tajuk gambar tersebut; contohnya: Gambar-Famili-Farah-Lee.jpg
  5. Gelapkan (strong/bold) Kata Kunci - Cuba untuk pilih katakunci yang betul dan gelapkan dalam entri blog anda. Jangan buat terlalu banyak atau obvious. Cukup sekadar setiap 2-3 perenggan ada variasi katakunci digelapkan.

Tips Tambahan Terima Trafik Tinggi dari Satu Entri

Sebagai tambahan, entri tersebut mesti ada pautan luar berkenaan. Contohnya seperti contoh entri yang saya sediakan di atas, ada pautan ke blog Farah Lee. Jika guna gambar pinjam dari mana-mana, diletakkan kredit yang sepatutnya. 

Mudah je kan? Cuma nak kena teliti dan rajin sedikit.

Ini merupakan antara teknik asas dan mudah untuk entri blog anda menerima trafik yang tinggi, dan seperti yang saya telah tunjukkan ini, entri ini sahaja telah menyumbang lebih daripada 50 ribu trafik kepada blog www.hasrulhassan.com ini.

Dan paling best, ia merupakan trafik berterusan. Berterusan kerana walaupun ia entri lama, namun ia masih lagi menyumbang trafik ke blog ini setelah ditulis dan diterbitkan lebih setahun yang lalu!

Semua tatacara untuk lakukan 5 perkara yang saya sebutkan tadi telah diperincikan di dalam terbitan yang lalu. Anda boleh cuba gelintar (search) dalam blog ini menggunakan fungsi carian yang telah saya sediakan.

Selamat mencuba dan menerima trafik 50K (pageviews) dari satu entri!

Baca Selengkapnya - Tips Terima 50K Pageviews Dari Satu Entri http://www.hasrulhassan.com/2013/08/tips-terima-50K-pageviews-satu-entri.html#ixzz2psf8uYDg
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

No comments

Post a Comment

Tips & Tutorial Group Shaklee. All rights reserved. © Maira Gall.